SEREMBAN, 2 Jun – Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan dilihat menghadiri satu pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, di sini hari ini.

Difahamkan, kenderaan yang membawa wakil rakyat berkenaan mula memasuki perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar sekitar jam 9.30 pagi dilaporkan oleh Bernama.

Menurut sumber, pertemuan tersebut dipercayai bagi membincangkan perkembangan semasa yang melibatkan pentadbiran dan hal ehwal negeri.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung agenda perbincangan tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Md Shah ketika dihubungi memaklumkan bahawa tiada sidang media dijadualkan diadakan selepas pertemuan berkenaan.

Beliau turut menjelaskan bahawa Menteri Besar dijadual menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, esok sebagai sebahagian daripada rutin mingguan sebelum berlangsungnya Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.

Perkembangan lanjut mengenai pertemuan tersebut dijangka diketahui sekiranya terdapat kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan negeri atau wakil rakyat yang terlibat.

Gambar Kredit – Sinar Harian dan Bernama

Leave a Reply

Designed with WordPress

Discover more from Press KL: Your Voice, Your Vision

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading